Saturday, February 5, 2011

Banjir Oh! Banjir : Part 2

Pt Penghulu, Batu Pahat - Bermula pada hari isnin 31.Jan.2010 keadaan kampung ok je lah. cuma hujan je yang tak berhenti2. Dari hari Sabtu @ jumaat lah tak silap aku hujan mula turun. Dan pada hari isnin keadaan parit di sepanjang kampung mula naik dan berada di paras bahaya lah kirenye. Aku mula membuat tanda sendiri (Palang kayu yang org buat jembatan kat parit) untuk mengetahui keadaan air naik atau turun. Selang 2 3 jam air naik mendadak sebab hujan kan. Masuk hari selasa hujan mula berhenti (Seperti yang di ramalkan - Nie aku dengar berita) Alhamdullilah.... kurang lah rase risau. Tapi secara diam2 air datang dari kebun. Hampir semua kebun penduduk kampung (Kebun kelapa sawit) di naiki air. termasuk kebun kat rumah ini. keadaan rumah ok lagi. tapi kalau tgk rumah dah macam pulau. keliling rumah ade air tapi tak masuk. (Yang mane rumah tinggi lah) ..... air naik kire2 paras buku lali je. tapi bimbang juga lah takot2 akan naik lebih dalam. Air yang datang tu di katakan air pasang sebab air tu akan surut sikit je. Hanya Sikit je. Lebih mengejutkan kampung berhampiran sebahagian penduduk telah di pindahkan berikutan banjir yang melanda ini. Tapi saya amat kagum dengan Dato' Noraini Ahmad yang mana sama2 turun padang untuk melihat keadaan penduduk yang di landa banjir ini. Inilah dinamakan Rakyat Di Dahulukan.... Terima Kasih Dato' akan perhatian yang di berikan. Tapi biasalah kalau banjir nie bekalah makanan ade susah sikit. lagi Tokey2 menyambut Tahun Baru Cina . Pasar mmg kurang bekalan, ditambah lagi dengan banjir lagi lah susah untuk mendapatkannya.

Selain itu, bantuan makanan untuk mangsa banjir pun menjadi isu. Sebab mata org ramai nampak barang sampai berlori-lori tapi bila nak minum nak makan cakap dah habis. Kemana ianya pergi. kesian masih ada manusia yang mana tidak amanah untuk menjaganya. Seumpama kata pepatah HARAPKAN PAGAR PAGAR MAKAN PADI. Berikutan akan masalah ini, ade pihak yang di pertangungjawapkan untuk menjaga makan minum penduduk yang di tempatkan di pusat pemindahan. Alhamdullilah ...

Banjir Oh! Banjir : Part 2

No comments:

Post a Comment