Saturday, February 5, 2011

Banjir Oh! Banjir : Part 2

Pt Penghulu, Batu Pahat - Bermula pada hari isnin 31.Jan.2010 keadaan kampung ok je lah. cuma hujan je yang tak berhenti2. Dari hari Sabtu @ jumaat lah tak silap aku hujan mula turun. Dan pada hari isnin keadaan parit di sepanjang kampung mula naik dan berada di paras bahaya lah kirenye. Aku mula membuat tanda sendiri (Palang kayu yang org buat jembatan kat parit) untuk mengetahui keadaan air naik atau turun. Selang 2 3 jam air naik mendadak sebab hujan kan. Masuk hari selasa hujan mula berhenti (Seperti yang di ramalkan - Nie aku dengar berita) Alhamdullilah.... kurang lah rase risau. Tapi secara diam2 air datang dari kebun. Hampir semua kebun penduduk kampung (Kebun kelapa sawit) di naiki air. termasuk kebun kat rumah ini. keadaan rumah ok lagi. tapi kalau tgk rumah dah macam pulau. keliling rumah ade air tapi tak masuk. (Yang mane rumah tinggi lah) ..... air naik kire2 paras buku lali je. tapi bimbang juga lah takot2 akan naik lebih dalam. Air yang datang tu di katakan air pasang sebab air tu akan surut sikit je. Hanya Sikit je. Lebih mengejutkan kampung berhampiran sebahagian penduduk telah di pindahkan berikutan banjir yang melanda ini. Tapi saya amat kagum dengan Dato' Noraini Ahmad yang mana sama2 turun padang untuk melihat keadaan penduduk yang di landa banjir ini. Inilah dinamakan Rakyat Di Dahulukan.... Terima Kasih Dato' akan perhatian yang di berikan. Tapi biasalah kalau banjir nie bekalah makanan ade susah sikit. lagi Tokey2 menyambut Tahun Baru Cina . Pasar mmg kurang bekalan, ditambah lagi dengan banjir lagi lah susah untuk mendapatkannya.

Selain itu, bantuan makanan untuk mangsa banjir pun menjadi isu. Sebab mata org ramai nampak barang sampai berlori-lori tapi bila nak minum nak makan cakap dah habis. Kemana ianya pergi. kesian masih ada manusia yang mana tidak amanah untuk menjaganya. Seumpama kata pepatah HARAPKAN PAGAR PAGAR MAKAN PADI. Berikutan akan masalah ini, ade pihak yang di pertangungjawapkan untuk menjaga makan minum penduduk yang di tempatkan di pusat pemindahan. Alhamdullilah ...

Banjir Oh! Banjir : Part 2

Pengantin & Banjir

Hari Nie 5.Feb.2011 bersamaan hari sabtu.bertempat di Pt.Penghulu, Batu Pahat nie ade lah satu majlis kawen & aku nie g lah rewang sebagai kendarat department jaga air minum. aku ingatkan kehadiran tetamu mengecewakan & sebahagian aturcara majlis ditunda. tetapi kuasa Allah. tetamu yang datang seperti kebiasaan kenduri yang lain. tetamu tetap ramai walaupun banjir. nasib baiklah depan rumai pengantin nie ade sekangkang kera jalan tar & jalan tar tu tinggi lah sikit. kat situlah jadi tempat untuk masak dan makan para tetamu. Suasana jadi meriah apabila pihak pengantin lelaki tiba. sebernarnya Allah itu maha adil, suasana yang kita sangka suram rupanya meriah. mana tak nya. seperti biasa, budaya TOL tetap dijadikan di beberapa halangan untuk bertemu si isteri di atas pelamin. salah satu tempat yang kite orang jadikan penghalang di hadapan pintu rumah. depan pintu rumah nie ade lah sikit air naik. kire2 paras buku lali juga lah. kite orang ramai2 siap main air lagi untuk pihak lelaki nie bayar tol dengan lebih cepat. bukan berbalas pantun. berbalas main air banjir. selepas dah bersanding pengantin g lah makan damai & potong kek. Allhamdullilah setiap yang kejadian itu ada hikmahnya. Kita sebagai hambanya hanya mampun berdoa yang terbaik untuk setiap keadaan yang kita lalui.

Banjir Oh! Banjir : Part 1

Awas!!!!! Adakah Ia Di Iktiraf

Alahan terhadap produk kosmetik yang tidak sesuai.
Mula2 tumbuh ruam2 pada muka. Selepas seminggu ruam tu naik & terhasilah seperti gambar
di atas nie. Rase pedih je. Aku dapatkan nasihat doctor kulit. aku mule2 ingatkan jerawat biase jek. tetapi Dr cakap ini mungkin alahan terhadap produk kecantikan yang Cik gunakan. kerana bahan kimia yang digunakan mungkin berbahaya & bahan kimia tersebut bertindak seperti ini. Jika aku teruskan memakai produk tersebut, besar kemungkinan kulit akan lebih teruk & susah di ubati.

So oklah, selang beberapa minggu ada datang lah seorang hamba Allah dan memberi tahu aku akan penawarnya. kerana ini bukan sakit sebarangan kalau tidak ubat betul2 susah nak baik. Sebenarnya penawar itu adalah Petua @ amalan orang zaman dulu2 untuk mengekalkan kecantikan. Aku try & now dah ok sikit .... dan semakin pulih dah tak rase pedih lagi. Alhamdullilah...rawatan sendiri aje di rumah.